Browse By Repository


Hubungan anatara Ciri-ciri Kerja,Kepuasan Kerja, dan Produktiviti di Badan Pemulihan Sungai Citarum Republik Indonesia


Owin Jamasy, Djamaludin (2019) Hubungan anatara Ciri-ciri Kerja,Kepuasan Kerja, dan Produktiviti di Badan Pemulihan Sungai Citarum Republik Indonesia. Doctoral thesis, Asia e University.

[img] Text
Hubungan antara ciri-ciri kerja, kepuasan kerja, dan produktiviti di badan pemulihan Sungai Citarum Republik Indonesia 1-24.pdf

Download (650kB)
[img] Text
Hubungan antara ciri-ciri kerja, kepuasan kerja, dan produktiviti di badan pemulihan Sungai Citarum Republik Indonesia.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (6MB)

Abstract

Badan Pemulihan Sungai Citarum Republik Indonesia dengan seluruh pihak berwajib telah bekerja lebih daripada tiga puluh tahun untuk menguruskan dan memulihara Sungai Citarum yang tercemar dan berbahaya kerana kotor dengan sampah dan berbau busuk yang terhasil daripada sisa buangan domestik dan sisa bahan kimia daripada kilang kilang disekitar Sungai Citarum. Pekerjaan yang selama ini difokuskan kepada pembangunan infrastruktur dengan kos yang sangat tinggi, ternyata tidak dapat menyelesaikan masalah. Keadaan persekitaran Sungai Citarum tidak berubah menjadi lebih baik malahan semakin tenat. Ini berertinya produktiviti pengurusan Sungai Citarum berada pada tahap rendah. Kondisi ini menegaskan bahawa reka bentuk pekerjaan dengan memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah pembangunan dan produktiviti. Hasil kajian ini, telah memberikan kesimpulan bahawa faktor yang memiliki pengaruh signifikan terhadap peningkatan produktiviti dan kepuasan kerja iaitu ciri-ciri pekerjaan dengan semua dimensinya. Melalui SEM-PLS, telah terbukti bahawa pemboleh ubah ciri-ciri kerja dengan pemboleh ubah pengantara kepuasan kerja, memiliki pengaruh yang nyata terhadap produktiviti dengan nilai kiraan t sebesar 4.42 (>1.96). Pemboleh ubah ciri-ciri kerja memiliki pengaruh yang nyata terhadap kepuasan kerja dengan nilai kiraan t adalah 11.058 (>1.96). Dimensi pelbagai kemahiran mempunyai pengaruh positif terhadap kepuasan kerja dengan statistik T sebesar 2.542 (>1.96). Dimensi identiti tugas mempunyai pengaruh positif kepada kepuasan kerja dengan statistik T sebesar 2.042 (>1.96). Dimensi signifikan tugas berpengaruh positif terhadap kepuasan kerja dengan statistik T sebesar 3.963 (>1.96). Dimensi autonomi berpengaruh positif kepada kepuasan kerja dengan statistik T sebesar 2.506 (>1.96). Dimensi maklum balas berpengaruh kepada kepuasan kerja dengan statistik T sebesar 5.241 (>1.96).Pemboleh ubah kepuasan kerja memiliki pengaruh yang nyata terhadap produktiviti dengan nilai kiraan t sebesar 9.600 (>1.96). Kesimpulan yang didapati daripada kajian ini adalah kepuasan kerja pekerja dan produktiviti boleh dicapai melalui reka bentuk kerja di tempat kerja.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Uncontrolled Keywords: Ciri-ciri Kerja, Kepuasan Kerja, Produktiviti Sungai Citarum, Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: School of Management
Depositing User: Aida Rashidah Maajis
Date Deposited: 12 Aug 2020 07:10
Last Modified: 12 Aug 2020 07:10
URI: http://ur.aeu.edu.my/id/eprint/779

Actions (login required)

View Item View Item