Browse By Repository


Pembangunan Tandem Akademik Maya Bagi Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dan Kecekapan Sosiobudaya Murid Sekolah Tamil dalam Pembelajaran Bahasa Melayu


Ramasamy, R. Shanmuganathan (2025) Pembangunan Tandem Akademik Maya Bagi Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dan Kecekapan Sosiobudaya Murid Sekolah Tamil dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Doctoral thesis, Asia e University, Malaysia.

[img] Text
Thesis R. Shanmuganathan AL Ramasamy.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB)
[img] Text
Thesis R. Shanmuganathan AL Ramasamy-1-24.pdf

Download (382kB)

Abstract

Kajian ini meneliti keberkesanan Tandem Akademik Maya (TAM) dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan kecekapan sosiobudaya dalam kalangan murid Tamil SJKTR dalam pembelajaran bahasa Melayu. Penyelidikan kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji impak TAM terhadap peningkatan kemahiran berbahasa dan pemahaman budaya dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua. Kajian ini melibatkan murid-murid Tamil yang mencapai TP3 (peringkat pertengahan) dalam pentaksiran bilik darjah. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual mendalam, dan nota lapangan untuk menilai perkembangan kemahiran komunikasi dan kecekapan sosiobudaya peserta sebelum dan selepas program intervensi TAM. Kajian ini mengaplikasikan Model Kecekapan Komunikatif Celce-Murcia, Dornyei dan Thurrell (1995) sebagai kerangka teoretikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa TAM berkesan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi murid melalui interaksi autentik dalam persekitaran pembelajaran maya Skype Penglibatan dalam pertukaran maklumat tentang bahasa dan sosiobudaya melalui platform TAM telah menyumbang kepada peningkatan ketara dalam penguasaan bahasa Melayu. Kajian ini juga mendedahkan peranan penting interaksi sosiobudaya dalam memperkasa pemerolehan bahasa dan pemahaman silang budaya. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pendekatan TAM melalui platform Skype bukan sahaja meningkatkan kecekapan linguistik, tetapi juga memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dalam konteks pembelajaran bahasa. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang potensi pembelajaran bahasa berasaskan tandem dalam konteks pendidikan Malaysia, khususnya dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid Tamil SJKTR. Dapatan kajian ini turut memberi implikasi penting terhadap pembangunan kurikulum dan strategi pengajaran bahasa yang mengintegrasikan elemen sosiobudaya dalam pembelajaran bahasa kedua.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Uncontrolled Keywords: Tandem Akademik Maya, Skype, pembelajaran bahasa kedua, kemahiran komunikasi, kecekapan sosiobudaya, Bahasa Melayu, murid Tamil
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: School of Education & Cognitive Science
Depositing User: Muhamad Aizat Nazmi Mohd Nor Hamin
Date Deposited: 09 Apr 2026 08:37
Last Modified: 09 Apr 2026 08:37
URI: http://ur.aeu.edu.my/id/eprint/1463

Actions (login required)

View Item View Item