Safie, Roshesam (2025) Pengurusan Innovatif untuk Kemampanan Kontraktor Industri Kecil dan Sederhana dalam Industri Pembinaan di Semenanjung Malaysia. Doctoral thesis, Asia e University, Malaysia.
|
Text
Thesis DBA_Roshesam bin Safie.pdf Restricted to Repository staff only Download (5MB) |
|
|
Text
Thesis DBA_Roshesam bin Safie 1-24.pdf Download (800kB) |
Abstract
Industri Kecil dan Sederhana (IKS), khususnya dalam sektor pembinaan, memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia, menyumbang 4.5% kepada KDNK pada tahun 2025. Namun, kontraktor IKS berdepan pelbagai cabaran termasuk kekangan kewangan, kekurangan tenaga kerja mahir, tahap penggunaan teknologi yang rendah serta ketiadaan strategi inovatif yang berkesan. Kajian ini meneliti hubungan antara faktor dalaman dan luaran organisasi dengan pelaksanaan inovasi serta kesannya terhadap kemampanan kontraktor IKS di Semenanjung Malaysia. Fokus utama kajian adalah untuk memahami bagaimana struktur organisasi, budaya kerja, sumber dalaman, dasar kerajaan, ekonomi dan teknologi mempengaruhi keupayaan inovatif dan daya tahan perniagaan, dalam konteks landskap pembinaan yang semakin kompleks dan kompetitif. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 270 responden kontraktor IKS yang dipilih secara rawak berstrata, selaras dengan cadangan Roscoe (1975). Data dianalisis menggunakan SPSS versi 26 menerusi teknik regresi berganda, analisis faktor dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa kontraktor IKS yang mengintegrasikan pembelajaran, fleksibiliti dan pendekatan inovatif dalam operasi harian lebih berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran. Faktor seperti struktur organisasi yang fleksibel, budaya inovasi yang kukuh, tenaga kerja berkualiti serta sokongan luaran yang konsisten dikenal pasti menyumbang kepada kejayaan pengurusan inovatif dan kelangsungan syarikat dalam jangka panjang. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan teori pengurusan inovatif dalam sektor pembinaan dan menawarkan panduan praktikal kepada pihak industri dan pembuat dasar. Implikasi kajian mencadangkan perlunya strategi pengurusan inovatif yang menyeluruh serta sokongan dasar kerajaan dari segi teknologi dan latihan. Penyelidikan lanjut disarankan melalui kaedah longitudinal dan campuran serta peluasan skop ke Sabah dan Sarawak bagi memperkukuh dapatan serta kepelbagaian konteks wilayah.
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | SME contractors, sustainability, innovation, economy, construction |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
| Divisions: | School of Management |
| Depositing User: | Muhamad Aizat Nazmi Mohd Nor Hamin |
| Date Deposited: | 09 Apr 2026 03:32 |
| Last Modified: | 09 Apr 2026 03:32 |
| URI: | http://ur.aeu.edu.my/id/eprint/1452 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
