Browse By Repository


Pengurusan Hidupan Liar Dalam Kawasan Pembanunan Empangan Di Hutan Simpan Seluyut


Hasnan, Yusop (2020) Pengurusan Hidupan Liar Dalam Kawasan Pembanunan Empangan Di Hutan Simpan Seluyut. Masters thesis, Asia e University.

[img] Text
hasnan-1-24.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (417kB)
[img] Text
hasnan.pdf

Download (2MB)

Abstract

Matlamat utama kajian ialah untuk mengenalpasti kaedah pengurusan hidupan liar yang lebih strategik dimana boleh diamalkan oleh pihak berwajib di kawasan Hutan Simpan Seluyut yang akan ditebang sebahagiannya untuk pembinaan empangan bekalan air mentah bagi menampung kegunaan kawasan Industri Petroleum Pengerang. Secara khususnya kajian ini dibuat bertujuan untuk meninjau kaedah pengurusan hidupan liar di kawasan pembangunan iaitu: mengenalpasti spesis hidupan liar yang menghuni kawasan Hutan Simpan Seluyut; mengkategorikan spesis yang telah dikenalpasti sebagai penghuni hutan Seluyut mengikut keutamaan di dalam pelan pengurusan yang dirangka; dan menyediakan satu rancangan strategik pengurusan hidupan liar di kawasan Hutan Simpan Seluyut. Bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan, kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif, yang melibatkan pemerhatian umum dan spesifik berkenaan kehadiran jenis-jenis hidupan liar di dalam dan juga sekitar Hutan Simpan Seluyut. Kaedah mewujudkan kumpulan fokus telah dilaksanakan dengan sejumlah responden yang terdiri daripada penduduk kampung bersempadan hutan tersebut, pegawai-pegawai daripada agensi pihak berkuasa yang terlibat dan juga ketua-ketua masyarakat yang dikategorikan sebagai pihak berkepentingan. Hasil data yang diperolehi telah dirangkum dan dianalisis menggunakan kaedah-kaedah yang sepadan dengan kajian secara kualitatif.Hasil kajian yang dijalankan di Hutan Simpan Seluyut ini dapat menghasilkan satu “blueprint” – kaedah pengurusan hidupan liar di kawasan pembangunan secara umum sebagai asas awal yang boleh dibuat penambahbaikan kemudiannya. Dalam kajian ini dapat mengenalpasti kaedah pengurusan Sebelum, Semasa dan Selepas pembukaan hutan yang perlu di ambil tindakan. Penemuan utama yang dianggap penting kepada kajian dalam membantu PERHILITAN Johor ialah kejayaan membina senarai hidupan liar yang terdapat di dalam Hutan Simpan Seluyut mengikut kategori spesis utama. Dengan ini kos untuk operasi mitigasi hidupan liar dapat dikira dengan lebih tepat, mencukupi dan berjalan dengan lancar bergantung kepada hidupan liar yang akan diselamatkan untuk ditangkap dan dipindahkan ke hutan yang lebih luas. Manakala sistem arah tebangan hutan serta pemasangan portable pagar elektrik juga dapat dibincangkan dengan pihak berkepentingan bagi membantu mengurangkan konflik hidupan liar di kawasan sempadan penduduk. Pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan juga amat penting dilaksanakan bagi membenteras pemburuan haram sepanjang proses pembangunan kawasantersebut.Disyorkan supaya agensi yang berkaitan mewujudkan garispanduan penyediaan pelan Pengurusan Hidupan Liar dengan menekankan pengembangan dan pemantapan teori pengurusan hidupan liar serta memberi perhatian kaedah-kaedah pengurusan yang dilaksanakan dalam kajian ini untuk mengurus hidupan liar secara cekap dan berkesan pada masa akan datang di kawasan pembukaan hutan bagi tujuan pembangunan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Hutan Simpan, Hidupan Liar, Pembangunan
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: School of Management
Depositing User: Aida Rashidah Maajis
Date Deposited: 09 Nov 2020 02:52
Last Modified: 09 Nov 2020 02:52
URI: http://ur.aeu.edu.my/id/eprint/807

Actions (login required)

View Item View Item