Browse By Repository


Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Media Sosial Dalam kalangan Pelajar di IPTS


Noor Akhmarisha, binti Saari and Rusniyati, binti Mahiyaddin (2017) Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Media Sosial Dalam kalangan Pelajar di IPTS. AL-Lisan International Journal for Linguistic & Literary Studies, 1 (1). pp. 151-165.

[img]
Preview
Text
ANALISIS LINGUISTIK TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI IPTS.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penggunaan aplikasi WhatsApp Group merupakan salah satu media komunikatif yang kian popular dalam era teknologi kini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan bahasa WhatsApp Group dalam kalangan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah) di Asia e University. Korpus kajian terdiri daripada teks WhatsApp Group autentik yang dikumpul daripada seramai 40 orang pelajar PBMSR Ambilan September 2013 kumpulan pengkhususan Bahasa Melayu (BM). Aspek yang menjadi tumpuan kajian ialah penggunaan kata dan ciri-ciri umum linguistik bahasa WhatsApp Group berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa bentuk kata yang paling popular dalam teks WhatsApp Group ialah bentuk singkatan dan percampuran bahasa. Kata singkatan ini diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk melalui beberapa proses yang berbeza. Misalnya, pengguguran vokal atau konsonan, pengguguran vokal dan konsonan, pengguguran suku kata, penggunaan homofon huruf, angka atau simbol bagi menggantikan sesuatu kata dan penggunaan huruf awal. Kajian juga menunjukkan berlakunya penggunaan dialek dalam interaksi WhatsApp Group antara pelajar tersebut. Penemuan kajian turut mendapati terdapat penggunaan ciri linguistik yang ketara. Pengguna WhatsApp Group lebih mengutamakan kandungan mesej daripada bentuk komunikasi lantas menyebabkan wujudnya bentuk bahasa “baharu” yang melibatkan unsur pragmatik.

Item Type: Journal
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Cognitive Science
Depositing User: Aida Rashidah Maajis
Date Deposited: 24 Jun 2019 03:23
Last Modified: 24 Jun 2019 03:23
URI: http://ur.aeu.edu.my/id/eprint/523

Actions (login required)

View Item View Item