Yusup, Hashim (2016) Cadangan Satu Standard Teknologi Pendidikan kebangsaan (STPK) Malaysia. In: Malaysian online education.
|
Text
Cadangan Satu Standard Teknologi Pendidikan kebangsaan (STPK) Malaysia.pdf Download (496kB) | Preview |
Abstract
Jika hendak membincangkan Standard Teknologi Pendidikan (juga bermaksud teknologi instruksional) ada keperluan kita mengimbas kembali definisi atau maksud teknologi pendidikan yang boleh menentukan ruanglingkup standard teknologi pendidikan. Teknologi Pendidikan adalah salah satu dari bidang atau disiplin dalam bidang pendidikan. Bidang ini telah melalui beberapa perubahan terutama di Amerika sejak dari tahun 1920 hingga kini dan perubahan ini dapat dikesan menerusi definisi teknologi pendidikan. Definisi ini pada awalnya memberi tumpuan kepada alat atau bahan media yang digunakan untuk membantu guru mengajar dan murid belajar. Mengikut pakar teknologi pendidikan, alat atau media ini lahir akibat dari revolusi komuniksai seperti radio dan television (Tickton, 1970; Saeteller 1990). Kemudian definisi yang memberi tumpuan kepada alat dan bahan atau produk ini telah berubah kepada proses iaitu teknologi pendidikan dilihat sebagai proses untuk menyelesaikan atau memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan teknologi pendidikan sebagai proses dapat dikesan melalui definisi berikut: Mengikut Finn (1960) ‘Instructional technology should be viewed as a way of looking at instructional problems and examining feasible solutions to those problems’. Commission of Instructional Technology USA pula telah mendefinisikan teknologi instruksional sebagai: proses sistematik bagi merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai seluruh proses instruksional dan pembelajaran berhubung dengan objektif yang spesifik berpandukan kajian tentang pembelajaran manusia dan komunikasi dan yang menggabungkan sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan instruksi dan pembelajaran yang berkesan. (Tickton, 1970). Seels dan Richey (1994) pula mendefinisikan teknologi instruksional sebagai teori dan amalan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran. Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan (1991) pula mendefinisikan teknologi pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seterusnya pada tahun 2004, AECT telah mendefiniskan teknologi pendidikan seperti berikut: ‘Educational technology is the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using, and managing appropriate technological processes and resources’ Robyler & Doering (2009) pula mendefinisikan teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan lain-lain teknologi terkini. Melihat kepada perkembangan definisi TP pada akhir-akhir ini jelas menunjukkan bahawa teknologi pendidikan melibatkan produk dan proses untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran Berasaskan beberapa contoh definisi yang telah dijelaskan di atas maka wajarlah satu standard TP perlu digubal untuk mengukur kompetensi atau kecekapan guru, pelajar dan pentadbir sekolah.yang merupakan pengamal dan pelaksana teknologi pendidikan di sekolah.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia L Education > L Education (General) |
Divisions: | School of Education & Cognitive Science |
Depositing User: | Aida Rashidah Maajis |
Date Deposited: | 09 May 2019 01:30 |
Last Modified: | 10 Jul 2019 01:28 |
URI: | http://ur.aeu.edu.my/id/eprint/449 |
Actions (login required)
View Item |